Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerja selenggara LRA Sungai Rasa jejas 188 kawasan di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor terbabit dalam kerja selenggara aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pada 9 hingga 11 Ogos ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya berkata proses menaik taraf itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan akan menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan terbabit.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor bermula jam 9 pagi, 9 Ogos dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos.

“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 1 pagi, 10 Ogos secara berperingkat selepas kerja penambahbaikan dan penyenggaraan siap,” kata Elina Baseri menerusi kenyataan.

Tambah beliau bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 pagi, 11 Ogos dan tempoh gangguan serta pemulihan di kawasan terjejas berbeza mengikut jarak lokasi premis dan tekanan pada sistem agihan bekalan.

“Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 selain membuat aduan laman sesawang http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas bekalan air:


Pengarang :