AGENDANASIONAL

Kurang tenaga kerja tidak jejas prestasi pelaburan di Selangor

SHAH ALAM, 26 JULAI: Isu kekurangan tenaga kerja tidak menjejaskan prestasi pelaburan di Selangor, kata EXCO pemberdayaan pekerjaan.

V Ganabatirau berkata sebaliknya Kerajaan Negeri merekodkan nilai pelaburan keempat tertinggi di Malaysia pada tahun lalu.

“Selangor mencatatkan rekod jumlah kelulusan bilangan projek perkilangan tertinggi berbanding negeri lain, ini menunjukkan negeri ini masih menjadi destinasi pilihan pelabur di Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat berhubung isu kekurangan tenaga kerja menjejas prestasi pelaburan di Selangor.

Menurutnya, pelbagai langkah dilaksana Kerajaan Negeri dengan kerjasama Invest Selangor bagi mengekalkan prestasi pelaburan iaitu menumpukan usaha menarik pelabur dalam industri berasaskan teknologi tinggi.

“Selain itu, kita turut mewujudkan industri yang melibatkan pengeluaran nilai tambah, sistem automasi serta robotik dalam proses pengeluaran,” katanya.


Pengarang :