Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Zamani Ahmad Mansor menyerahkan agihan korban kepada peserta pada Majlis Korban Perdana MBSA di Padang Wisma MBSA pada 13 Julai 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA agih daging korban kepada asnaf, Orang Asli dan warga kerja

SHAH ALAM, 13 JULAI: Sebanyak 17 ekor lembu dan empat ekor kambing dikorbankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Majlis Korban Perdana MBSA di Padang Wisma MBSA, hari ini.

Agensi itu memaklumkan daging korban berkenaan diagih ke beberapa masjid dalam kawasan pentadbiran MBSA untuk diberikan kepada golongan asnaf.

“Daging korban telah diedarkan kepada wakil Masjid Jamek Tun Uda, Seksyen 16, Masjid Padang Jawa dan Komuniti Orang Asli Bukit Bandaraya Shah Alam serta kakitangan MBSA,” katanya di Facebook.

Program bermula jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari itu disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Zamani Ahmad Mansor.


Pengarang :