Ilustrasi perbicaraan dalam mahkamah. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pemilik kelab komedi kontroversi dituduh di mahkamah hari ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Pemilik bersama sebuah kelab komedi akan dituduh di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur hari ini berhubung pertuduhan membuat persembahan berbaur perkauman.

Setiausaha polis memaklumkan lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 14 Julai lalu dan bebas dengan jaminan polis keesokannya, lapor Sinar Harian.

“Pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Sesyen Jenayah, (Mahkamah Siber Kuala Lumpur),” kata Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Pada 14 Julai, polis dilaporkan menahan seorang lelaki disyaki pengasas bersama sebuah kelab komedi berhubung penularan dua klip video di premis berkenaan yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama.

Kes disiasat bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Pengarang :