Tangkap layar video Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah memberi sokongan kempen perangi diabetes anjuran Selangor FC dengan kerjasama Sanofi Aventis Malaysia.
SELANGOR

Raja Muda Selangor sempurna syarahan kesejahteraan belia

SHAH ALAM, 26 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan menyempurnakan syarahan mengenai kesejahteraan belia di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Tengku Amir Shah menghadiri program dianjur Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS-UPM) dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) dan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), lapor Berita Harian.

Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata siri syarahan itu mengetengahkan tokoh dari bidang berkaitan yang berkongsi pandangan serta pengetahuan mereka mengenai kesejahteraan belia.

“Sesi syarahan bersama Raja Muda Selangor yang julung kali diadakan ini menyampaikan titah baginda yang komited dalam usaha memperkasakan pembangunan belia di negara ini dengan melihat kepada peranan belia yang mampu menjadi ejen perubahan.

“Syarahan ini mengetengahkan pengalaman dan sumbangan Baginda menerusi pembabitan sebagai penaung eksekutif di SAY,” katanya.

Tambah Mohd Roslan, Tengku Amir Shah turut berkenan melancarkan program Belia Juara bertujuan memberi platform dan geran permulaan kepada organisasi belia melakukan perubahan kepada komuniti setempat.

“Geran Belia Juara ini terbuka kepada semua individu atau organisasi belia bukan sahaja di Selangor malahan seluruh Malaysia dan ASEAN,” katanya.


Pengarang :