Pakar produk Medidata, Annis Nur Syahirah Suria ketika ditemu bual di gerai pameran ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 19 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor cadang tambah sektor elektrik, elektronik dalam sidang niaga antarabangsa

SHAH ALAM, 6 JULAI: Kerajaan Negeri berhasrat menambah satu lagi acara dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) pada masa akan datang.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian berkata pihaknya melihat bidang elektrik dan elektronik sebagai cabang baharu berikutan terdapat permintaan dari beberapa negara.

“Di dalam ‘Selangor Industrial Master Plan’ elektrikal dan elektronik adalah salah satu sektor yang kita ingin beri tumpuan. Namun fokus kita sekarang ini kepada beberapa sektor lain seperti makanan dan minuman.

“Kita berharap pada masa akan datang kita dapat mengetengahkan elektrikal dan elektronik. Kita perlu lakukan secara satu persatu dengan fokus kepada enam acara lain di dalam SIBS terlebih dulu,” kata Dato’ Teng Chang Khim.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan SIBS 2022 di Hotel Saujana Kuala Lumpur di sini semalam.

Enam acara utama di SIBS ketika ini ialah Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan)dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor; Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia turut diketengahkan.

SIBS 2022 akan berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kerajaan Negeri mensasarkan potensi jualan sehingga RM350 juta selain mampu menarik kehadiran 30,000 pengunjung sepanjang empat hari program diadakan.


Pengarang :