BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kaunter bergerak MBSA di Plaza Masalam esok

SHAH ALAM, 26 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta terbuka Plaza Masalam, Seksyen 9 di sini esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheels’ bermula 11 pagi hingga 5 petang bagi memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini memberi kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran serta kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan sebagainya.

“Melaluinya, majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

MBSA menggunakan kaedah tersebut di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.


Pengarang :