EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (dua, kanan) bergambar bersama datuk bandar Kajang, Petaling Jaya, dan Subang Jaya pada Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni (iDAM) di Putrajaya pada 17 Ogos 2022. Foto Facebook MPKj
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB ucap tahniah tiga PBT dapat anugerah 10 bandar berdaya huni terbaik

SHAH ALAM, 19 OGOS: Dato’ Menteri Besar merakam ucapan tahniah kepada tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menduduki 10 tangga teratas bandar berdaya huni terbaik seluruh negara.

PBT yang memperoleh Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021 ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Tahniah kepada warga @MPKajang, @pjcitycouncil dan @SJcitycouncil di atas kejayaan ini.

“Teruskan pencapaian cemerlang dan tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” tulis Dato Seri Amirudin Shari di Twitter.

Semalam, tiga PBT berkenaan menerima anugerah itu pada Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni (iDAM) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia).

Anugerah disampaikan Menteri Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.

Tujuh PBT lain yang menerima pengikhtirafan serupa iaitu Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kerian dan Majlis Daerah Rembau.


Pengarang :