Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor dengan FESTO Pte. Ltd dan Universiti Teknikal Munich di Singapura pada 22 Ogos 2022. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor-Singapura meterai MoU pacu pendidikan automasi negeri

SHAH ALAM, 22 OGOS: Selangor melangkah setapak ke hadapan dalam bidang pendidikan khususnya automasi apabila menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Singapura.

Dato’ Menteri Besar berkata sejarah tercipta apabila Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) menandatangani perjanjian dengan FESTO Pte. Ltd dan Universiti Teknikal Munich (TUM), yang telah dilawatinya sebelum pandemik Covid-19.

“Insya-Allah saya yakin pemeteraian MoU pada hari ini antara STDC, TUM dan FESTO bukan sahaja menjadi mercu tanda yang perlu diraikan untuk Selangor dan STDC, tetapi untuk memacu kita lebih jauh dalam membina perkongsian bertaraf dunia,” tulis Dato Seri Amirudin Shari di Facebook, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mendengar taklimat daripada Ketua FESTO Didactic Asia Pasifik Volker Schmid tentang kebolehan automasi di FESTO Pte Ltd, Singapura pada 22 Ogos 2022. Foto Facebook Amirudin Shari

“Diharapkan ia membangun menjadi Pusat Kecemerlangan (CoE) yang berfungsi sebagai platform pemindahan teknologi untuk syarikat dan institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) yang melahirkan tenaga kerja sedia industri di Malaysia dan juga ASEAN.”

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat.


Pengarang :