AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Seldec tawar pelbagai promosi menarik sepanjang bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 6 OGOS: Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) memberikan pelbagai tawaran menarik sepanjang bulan ini sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Menerusi Facebook, Seldec memaklumkan potongan RM6.50 untuk setiap pembelian RM50 ke atas selain penghantaran percuma bagi pembelian RM65 ke atas.

“Rebut peluang untuk mendapatkan promosi penghantara percuma sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Penghantaran terus ke rumah anda dalam masa sehari.

“Jangan lepaskan peluang, gunakan Promokod ‘MERDEKA65’ untuk tebus penghantaran percuma, layari segera https://marketplace.seldec.my/” maklumnya.

Pelbagai barangan runcit di platform berkenaan antaranya ayam segar, ikan segar, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, gula dan mi segera.

Sempena bulan kemerdekaan, Seldec turut menawarkan pelbagai kelengkapan permainan elektronik pada harga berbaloi termasuk penghantaran percuma.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en membabitkan pelbagai barangan termasuk daging segar, peralatan rumah, makanan diproses, makanan sejuk beku dan kuih-muih.

Seldec memasarkan hasil tani usahawan kecil di negeri ini secara meluas selain menawarkan produk yang sukar diperoleh dalam pasaran antaranya ikan patin, tempoyak, sambal hitam Pahang, rempah gulai nasi dagang dan lemang resipi asli dari Gemencheh, Negeri Sembilan.


Pengarang :