AGENDANASIONAL

Wanita maut diseret treler lepas hantar anak sekolah

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seorang wanita maut diseret selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 57 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 7 pagi, mangsa Shahriza Ishak, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Tapah berkata mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah bagi mengambil seorang lagi anaknya untuk dihantar ke sekolah.

“Siasatan awal mendapati berlaku pergeseran antara dua kenderaan itu yang datang dari arah sama iaitu dari Tapah menghala ke Kampar.

“Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh atas jalan dan diseret hampir 10 meter oleh treler terbabit,” kata Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.

Menurutnya, pemandu treler terbabit telah ditahan dan hasil saringan awal urin mendapatinya positif dadah jenis Methamphetamine. Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1977.

 

 


Pengarang :