Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide Md Arifin Jaafar (kiri) menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada 17 Ogos 2022. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan
AGENSISELANGOR

Yide hulur wang tunai, barang keperluan ringan beban mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 22 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melalui Skuad Prihatin Yide menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada 17 Ogos lalu.

Agensi tersebut memaklumkan pihaknya menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Md Arifin Jaafar turut disertai Nazir Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam Yahya Jumadi.

“Selaku anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Yide bertanggungjawab menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa musibah dan bencana alam,” tulisnya di Facebook.

Kebakaran yang berpunca akibat litar pintas sekitar jam 3.40 petang pada 16 Ogos memusnahkan sebuah rumah di kampung berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu, Yide mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan musibah atau bencana alam dengan menghubungi pihaknya di talian 017-756 9476

Yide turut memaklumkan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi platform digital Yide
https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ atau melalui Bank Islam Yide 1223 40100 07330

 


Pengarang :