Ketua komunikasi korporat Air Selangor Elina Baseri menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2022. Foto Air Selangor
AGENSISELANGOR

Air Selangor sumbang makanan asas bantu tiga rumah kebajikan sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 1 SEPT: Tiga rumah kebajikan di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sumbangan bantuan makanan asas ‘Box Of Hope’ sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Anbe Sivam dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur menerima bekalan beras, minyak, gula, tepung dan keperluan asas lain.

“Air Selangor juga telah melancarkan inisiatif Box of Hope versi digital melalui www.airselangor.com/boxofhope/ untuk menggalakkan dan memudahkan lebih ramai orang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya di Facebook.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang agensi itu, sebanyak 2,055 bakul makanan sudah diedar kepada golongan kurang berkemampuan sejak 2021.

Ketua komunikasi korporat Air Selangor Elina Baseri menyampaikan sumbangan peranti pembelajaran dalam talian kepada pusat komuniti Projek Perumahan Rakyat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2022. Foto Air Selangor

Menerusi hantaran sama di Facebook, Air Selangor turut menyumbang peranti pembelajaran dalam talian kepada pusat komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Air Selangor berazam untuk mengagihkan 100 unit peranti ini ke sekurang-kurangnya 10 buah pusat komuniti di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu anak-anak dari kalangan keluarga B40 menjalani sesi pembelajaran dalam talian,” katanya.


Pengarang :