Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada 17 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Selebriti ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur

SHAH ALAM, 9 SEPT: Seorang selebriti lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan, lapor Harian Metro.

Menurut sumber, suspek yang berusia 40-an ditahan semalam dan dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan tahanan reman.

Tambahnya, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang terlibat tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu,” katanya.


Pengarang :