Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar bercakap pada sesi temu bual bersama media mengenai Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 ketika di kediamannya di Bukit Gasing pada 25 Mei 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tokoh wartawan: Tidak wajar sama sekali ‘tukar’ editor pulihkan NST

SHAH ALAM, 13 SEPT: Tokoh wartawan negara membantah keputusan The New Straits Times Press (NSTP) menukar Pengarang Kumpulannya Ahmad Lokman Mansor akibat campur tangan politik.

Tan Sri Johan Jaaffar berkata beliau “tidak dapat menerima sama sekali” editor yang membantu membangkitkan semula syarikat media itu berdepan tindakan tersebut.

“Saya berdiri teguh menyokong Ahmad Lokman atas keberaniannya membuka ruang liputan. New Straits Times menjadi akhbar yang lebih baik hari ini berkat usahanya,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, NSTP mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai pengarang kumpulan baharu bagi menggantikan Ahmad Lokman.

Penukaran jawatan itu didakwa akibat campur tangan politik dalam urusan syarikat media berkenaan.

“Saya risau campur tangan mana-mana parti politik dalam pelantikan pengarang. Masa telah berubah, begitu juga dengan dinamik perniagaan media,” kata Johan lagi.

Beliau juga melahirkan kebimbangan apabila bekas ketua pengarang The Edge Ahmad Azam Mohd Aris dihadap ke mahkamah atas dua pertuduhan memfitnah menerusi artikel yang disiarkan akhbar niaga itu.

Hari ini, Ahmad Azam dan bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memfitnah seorang bergelar Datuk dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel bertarikh 21 hingga 27 September 2020.


Pengarang :