Wakil rakyat DUN Seri Serdang bergambar bersama penerima baucar beli-belah sempena Deepavali di pasar raya Giant Seri Kembangan pada 9 Oktober 2022.
ADNSELANGOR

350 keluarga India DUN Seri Serdang terima baucar beli-belah Deepavali

SHAH ALAM, 10 OKT: Seramai 350 keluarga India golongan berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menerima baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali di  semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dr Siti Mariah Mahmud berkata agihan baucar di pasar raya Giant Seri Kembangan itu diharap dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan raya.

“Agihan dan pembelian dibuat serentak kepada penerima yang layak di pasar raya Giant Seri Kembangan. Semoga sumbangan dapat meringankan beban mereka menyambut perayaan Depavali,” katanya ketika dihubungi.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Penerima baucar membuat pembelian di pasar raya Giant Seri Kembangan. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang

Pengarang :