Penyelaras DUN Gombak Setia, Abdul Rahim Kasdi bercakap kepada media ketika Program Serahan Daging Korban DUN Sungai Tua di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, Gombak pada 21 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Gombak Setia agih 350 baucar RM100 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 5 OKT: Seramai 350 keluarga India berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menerima baucar beli-belah RM100 sempena sambutan Deepavali.

Penyelaras A Rahim Kasdi berkata inisiatif menerusi skim Jom Shapping Raya itu dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan raya.

“Agihan akan dibuat pada Sabtu ini di pasar raya Sri Ternak Selayang Baru. Kita kumpulkan semua penerima dalam satu majlis.

“Pemilihan penerima dibuat secara terperinci berdasarkan data. Kita hanya mahu keluarga yang benar-benar susah layak mendapat bantuan,” katanya kepada SelangorKini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.


Pengarang :