Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDANASIONAL

Hulu Langat, Sepang diramal ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk Hulu Langat dan Sepang sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan tersebut berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Situasi sama diramal berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :