Orang ramai beratur untuk mengambil juadah makan malam sempena Karnival Jelajah Iltizam Selangor Penyayang di Kampung Selayang Baru, Gombak pada 10 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 1,000 penduduk Selayang hadir karnival jelajah bantuan rakyat

GOMBAK, 11 OKT: Lebih 1,000 penduduk memeriahkan Karnival Jelajah Iltizam Selangor Penyayang yang diadakan di Kampung Selayang Baru di sini, malam tadi.

Program diadakan sempena Iltizam Selangor Penyayang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen.

Penduduk yang hadir dihidang dengan pelbagai juadah antaranya sate, kambing bakar, roti john, nasi lemak, ayam golek, murtabak, rojak buah dan mi goreng.

Orang ramai menikmati juadah makan malam ketika Karnival Jelajah Iltizam Selangor Penyayang di Kampung Selayang Baru, Gombak pada 10 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Hadirin juga dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Ito (Blues Gang), Bagio (Damasutra) dan Isma Sane.

Jelajah Selangor Penyayang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dengan 44 program supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Program jelajah fasa dua disambung semula melibatkan daerah Klang, Sabak Bernam, Sepang dan Hulu Selangor dengan memfokuskan agenda Rancangan Selangor Pertama (RS-1) serta intipati Belanjawan Selangor 2023.


Pengarang :