Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Lembah Klang diramal ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama turut berlaku di seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan.

Cuaca sama turut melanda beberapa daerah di lima negeri lain antaranya Perak, Terengganu, Johor, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :