Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar peniaga ketika mengunjungi pasar malam Keramat AU1 Jalan AU1A/4D pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB kunjungi pasar malam Keramat, luang masa bertemu orang ramai

AMPANG, 31 OKT: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa bertemu peniaga dan pengunjung sekitar pasar malam Keramat AU1, di sini, petang ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba jam 5.30 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat gerai jualan dan  membeli kuih-muih seperti apam balik, peneram dan rojak.

Beliau turut beramah mesra dengan peniaga di kawasan berkenaan selain memenuhi permintaan peniaga dan pengunjung yang mahu berswafoto bersamanya.

Amirudin kemudian mengedar buku agama Himpunan 8 Surah kepada orang ramai sekitar pasar malam tersebut.

Terdahulu, beliau yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) meluangkan masa minum petang bersama jentera daerah mengundi AU1B, Keramat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan buku Himpunan 8 Surah kepada pelanggan di Restoran Ali Maju Taman Keramat Permai, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :