Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melawat gerai pameran selepas merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Sidang kemuncak niaga ruang usahawan kembang ilmu, jaringan

SHAH ALAM,4 OKT: Penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 merupakan platform dalam mengembangkan ilmu dan rantaian perniagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program yang bermula Khamis ini menempatkan banyak program serta komuniti perniagaan serata dunia.

“Program yang sangat tepat bagi para usahawan, peniaga, ahli akademik serta orang ramai mengembangkan ilmu dan rantaian perniagaan.

“Boleh daftar sekarang untuk hadir ke SIBS 2022 serta mengikuti perkembangan terkini menerusi https://selangorsummit.com/ ,” katanya menerusi Facebook.

SIBS 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 6 hingga 9 Oktober ini menawarkan 850 tapak pameran dengan 20 peratus daripadanya dijangka membabitkan pelabur luar negara.

Persidangan itu menyasar potensi jualan sehingga RM350 juta dan mampu menarik 30,000 pengunjung sepanjang empat hari program diadakan.

Enam acara utama diketengahkan dalam SIBS tahun ini iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan)dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.

Turut diketengahkan Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

Tahun lalu, SIBS merekodkan nilai transaksi mencecah RM1.13 bilion sepanjang tujuh tahun penganjuran dengan menyediakan 2,951 tapak pameran buat peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain menerima 95,451 pelawat dari dalam dan luar negara.


Pengarang :