Petugas Pusat Kitar Semula Seksyen U5, Shah Alam mengajar pelajar sekolah tentang pengasingan sisa mengikut kategori pada Hari Terbuka Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di pusat berkenaan pada 11 Oktober 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA anjur program tukar barang kitar semula dapat baucar beli-belah

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 12 OKT: Orang ramai mengambil peluang menukar barangan kitar semula dengan baucar pasaraya 99 Speedmart pada Hari Terbuka Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Pusat Kitar Semula Seksyen U5 semalam.

Program yang mendidik amalan kitar semula dalam kalangan komuniti bandar raya Shah Alam diteruskan esok di Pusat Kitar Semula Seksyen U2 jam 9 pagi.

Pelajar dari sekolah sekitar Shah Alam mengambil bahagian dalam pertandingan reka cipta daripada barangan kitar semula pada Hari Terbuka Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Pusat Kitar Semula Seksyen U5 pada 11 Oktober 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

“Turut diadakan pertandingan mewarna dan reka cipta daripada barangan kitar semula oleh pelajar sekolah.

“Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk kutipan kitar semula e-waste dan permainan interaktif bertemakan matlamat pembangunan mampan (SDG) serta bandar rendah karbon,” kata di Facebook.

Orang ramai dijemput hadir ke hari terbuka berkenaan kerana pelbagai program dan aktiviti menarik menanti mereka.

Hari Terbuka Kitar Semula antara sebahagian program menarik sepanjang bulan ini sempena sambutan ulang tahun bandara raya Shah Alam ke-22.


Pengarang :