Petugas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjalankan operasi menangkap haiwan ternakan terbiar di kawasan laluan awam dan perumahan di sekitar Bestari Jaya, Ijok dan Jeram 18 Oktober 2022. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

MPKS tangkap haiwan ternakan terbiar, elak keliaran di lokasi awam

SHAH ALAM, 19 OKT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjalankan operasi memantau dan menangkap haiwan ternakan terbiar di kawasan laluan awam dan perumahan Sabtu lalu.

Operasi bertujuan mencegah haiwan peliharaan seperti lembu, kerbau dan kambing daripada berkeliaran di kawasan awam selain untuk keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut MPKS operasi yang dijalankan sekitar kawasan Sungai Yu, Bestari Jaya, Ijok dan Jeram berjaya menangkap dan menyita dua lembu dan seekor kambing.

Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan kepada tiga pemilik ternakan di bawah Seksyen 4 (4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 kerana melepaskan lembu/kambing dikawasan yang tidak dibenarkan.

“Kesemua haiwan dibawa ke Pusat Kurungan Haiwan MPKS untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook.

MPKS menjelaskan pihaknya boleh mengurung haiwan yang ditangkap dan disimpan di kurungan khas haiwan atas risiko pemunya selain kos proses itu mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan tersebut.


Pengarang :