Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Nikmati bakso, ayam penyet di Selangor Fruit Valley

SHAH ALAM, 28 OKT: Orang ramai yang berkunjung ke Selangor Fruit Valley dipelawa menikmati hidangan bakso dan ayam penyet di Gerai Makan Rumah Kampung.

Restoran yang terdapat di lokasi percutian itu bagi menikmati suasana selain merasai pelbagai jenis buah-buahan tempatan.

“Mari pakat semua datang ke sini. Kami amat alu- alukan kedatangan anda ke Selangor Fruit Valley,” tulis pusat agro pelancongan itu di Facebook.

Buah-buahan yang disediakan sempena kembalinya musim mulai bulan ini hingga Disember termasuk durian, pulasan, jambu batu, nangka, cempedak, rambutan dan nanas.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 012-3432971 atau 016-6880792 atau e-mel [email protected].

Sebelum ini, SFV mengumumkan harga tiket masuk terkini bagi pelancong domestik mulai Oktober ini ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.

Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.


Pengarang :