Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Ir Izham Hashim (kanan) membantu penunggang motosikal mengisi petrol ketika program Jom Isi Minyak Motor Percuma di Petronas MRR2 Ampang, Hulu Langat pada 6 Oktober 2022. Foto Facebook Ir Izham Hashim
ADNSELANGOR

Program beri petrol percuma dapat sambutan, wakil rakyat cadang anjur lebih kerap

SHAH ALAM, 14 OKT: Lebih 200 penunggang motosikal menerima petrol percuma menerusi program Jom Isi Minyak Motor Percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Pandan Indah baru-baru ini.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim bercadang untuk menganjurkan program sama dua minggu sekali memandangkan sambutan baik masyarakat disamping dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

“Program seperti ini sentiasa dianjurkan sejak menjadi wakil rakyat disini dan saya terharu dengan sambutan luar biasa penduduk tempatan dan juga dari luar yang hadir ke program ini.

“Insya-Allah, program seperti ini akan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mengurangkan sedikit beban terutama kepada penunggang e-panggilan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini,” tulisnya di Facebook hari ini.

Program yang berlangsung di Petronas MRR2 Ampang pada 6 Oktober lalu turut mendapat kerjasama Pengerak Belia Selangor Pandan Indah dan aktivis sekitar.

 


Pengarang :