Peserta program Promosi Jualan Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 14 Oktober 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKNS laksana 13 program perkasa usahawan, teroka pasaran luar negara

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 14 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melaksanakan 13 program pemerkasaan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat sebagai usaha memupuk minat berniaga.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mahmud Abbas berkata Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS menyediakan bimbingan latihan keusahawanan profesional kepada peserta untuk meningkatkan ilmu perniagaan.

“Selain pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah, turut dilaksanakan termasuk Program Usahawan Mahasiswa, Program Usahawan Siswazah, Program Vendor Inkubator Payung (VIP) dan Program Sub Kontraktor Bumiputera (SKB).

“Bermula tahun lalu juga, BPU komited melahirkan usahawan ke pasaran luar negara menerusi Program Inisiatif Halal, Program Inisiatif Export Ready dan Program Keusahawanan Bandar/Luar Bandar,” katanya selepas majlis perasmian Promosi Jualan Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 PKNS di sini, hari ini.

Beliau berkata selain program latihan, BPU turut menyediakan ruang kerja, acara dan penyewaan bilik seminar di Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7 di sini, dengan menawarkan sewa pada harga berpatutan.


Pengarang :