AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan lebat diramal landa seluruh Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 25 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di keseluruhan Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beberapa kawasan di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Johor, Sarawak dan Sabah turut dijangka berdepan cuaca sama.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :