MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 1 petang

SHAH ALAM, 1 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramal tujuh daerah di Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanda ribut petir sehingga 1 petang ini.

Agensi menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Kawasan lain yang mengalami cuaca sama termasuk hujan lebat ialah sembilan daerah di Kedah, empat daerah di Pahang serta Kemaman, Terengganu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :