Istiadat Angkat Sumpah dan Menerima Watikah Pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor bagi sesi 1 Disember 2022 hingga 30 November 2025 berlangsung di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 27 November 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDA NASIONAL

Ahli Dewan Diraja Selangor angkat sumpah

SHAH ALAM, 29 NOV: Ahli Dewan Diraja Selangor mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor bagi sesi 1 Disember 2022 hingga 30 November 2025.

Istiadat Angkat Sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor yang berlangsung di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang disaksikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 27 November.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan Ahli Dewan Diraja Selangor terdiri daripada Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku Bendahara, Menteri Besar, Pengerusi Majlis Agama Islam dan Mufti, semuanya sebagai Ahli Ex-Officio.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Istiadat Angkat Sumpah dan Menerima Watikah Pelantikan Ahli Dewan Diraja Selangor bagi Sesi 1 Disember 2022 hingga 30 November 2025 di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 27 November 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office

Turut dianggotai empat waris yang lain, lima Orang-Orang Besar, tujuh Orang Tua-Tua yang bukan Ahli Dewan Undangan atau Dewan Rakyat.

Lima Ahli Dewan Diraja Selangor yang baru dilantik adalah Dato’ Setia Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Ibrahim dan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa.

Selain itu Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang Dato’ Setia Mohamed Khusrin Munawi dan Dato’ Mohd Khay Ibrahim.

 


Pengarang :