Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyerbu sebuah kilang memproses ayam di Semenyih pada 8 November 2022. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kajang
PBTSELANGOR

MPKj serbu kilang proses ayam kotor, keluar dua kompaun

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengeluarkan dua kompaun ke atas pemilik sebuah kilang memproses ayam di Semenyih pada Selasa.

Menerusi Facebook MPKj memaklumkan pihaknya turut menggantung sementara lesen kilang itu dan menurunkan penggredan premis tersebut kepada gred C.

“Oerasi pada Selasa lalu turut membabitkan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Jabatan Alam Sekitar (Jas).

“Dua kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mengambil langkah pencegahan tikus, lalat dan serangga selain stor tidak diselenggara,”katanya.

Jelas MPKj, Jas melakukan sitaan ke atas mesin proses ayam dan beberapa sampel diambil untuk diuji, manakala Jais pula sedang meneliti semula sijil halal kilang tersebut serta syarikat kerjasama lain yang turut terlibat.

 


Pengarang :