Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) pada majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Calon HARAPAN rancang bina pusat rehat ‘rider’ di Gombak, lengkap pelbagai kemudahan

GOMBAK, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari akan menyediakan sebuah pusat rehat pekerja e-panggilan yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Premis dibangunkan dengan kerjasama awam, swasta dan komuniti itu mempunyai kemudahan berehat, capaian jalur lebar, pengecas telefon pintar, bilik mandi dan ruang solat.

“Ia dapat memelihara dan membela kesihatan penunggang e-panggilan,” kata Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar pada sidang media mengumumkan Deklarasi Gombak Bermaruah hari ini.

Pada 2020, Amirudin melancarkan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang menawarkan bantuan lebih RM500 untuk membantu belia menambah pendapatan dalam sektor ekonomi sampingan.

Program itu memberi manfaat kepada hampir 6,000 belia membabitkan perbelanjaan RM4 juta.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk orang muda sekiranya beliau menang pada 19 November depan.

  • sedia padang dan tapak futsal
  • bina kompleks sukan pelbagai guna
  • tawar latihan kemahiran tekninal
  • sedia pusat belia Gombak
  • sedia peluang kerja berkualiti dan gaji tinggi
  • tingkat keselamatan kewangan dan pelihara kesihatan mental

Pengarang :