Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menunjukkan risalah Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun selepas sidang media di Taman Samudera, Gombak pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tawar 10,000 komputer riba bantu pelajar, usahawan di Gombak

GOMBAK, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari menawarkan 10,000 komputer riba dan peranti bagi tujuan pendidikan dan keusahawanan di Gombak.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata 2,000 unit diagih setiap tahun kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dan perniagaan dalam talian.

Pada Belanjawan 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) bagi pelajar tiada peranti elektronik untuk pembelajaran.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, Kerajaan Negeri mengedarkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) kepada golongan memerlukan termasuk usahawan yang tiada kemudahan internet.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut berhasrat memperkasakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi membantu pelajar tercicir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cadangan ini selaras hasrat HARAPAN yang menitikberatkan isu ini, sekiranya ada rezeki mungkin kita boleh perkenal di peringkat pusat,” katanya.


Pengarang :