Anggota beruniform menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Selangor, Shah Alam pada 15 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Empat pusat undi tutup 2 petang, pemilih disaran keluar awal

SHAH ALAM, 15 NOV: Empat pusat pembuangan undi di Selangor hanya beroperasi hingga jam 2 petang manakala tiga lagi setakat pukul 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses bermula jam 8 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bukit Fraser, balai raya Lubuk Jaya dan SJK (Tamil) Ladang Bukit Ijok berakhir jam 2 petang.

SJK (Tamil) Ladang Sabak Bernam, Sekolah Kebangsaan Seri Gambut Tanjong Karang, SJK (Tamil) Ladang Mary dan SJK (Tamil) Selangor River antara jam 8 hingga 4 petang.

Justeru, orang ramai disaran keluar awal untuk membuang undi bagi mengelakkan sebarang masalah sekali gus hilang peluang melaksanakan tanggungjawab itu.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian manakala undi awal hari ini.


Pengarang :