Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama calon Parlimen gabungan itu di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN tampil 22 calon wibawa, berpengalaman di Selangor

SHAH ALAM, 3 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menampilkan 22 calon berwibawa lagi berpengalaman dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sesi pengenalan calon dibuat Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini sambil disambut sorakan penyokong.

Amirudin yang juga calon Parlimen Gombak berkata semua calon menggalas tanggungjawab penting untuk memenangi kerusi yang ditandingi seterusnya menguasai Putrajaya.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Pengenalan Calon Parlimen HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya percaya ini satu tugas dan amanah penting (calon HARAPAN) di Selangor untuk sumbang 22 kerusi Parlimen dalam usaha kembali ke tangga dan pintu Putrajaya.

“Sebab itu kita menampilkan calon-calon berkaliber, berpengalaman, baharu dan bersemangat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo dan Setiausaha HARAPAN Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Penyokong HARAPAN Selangor melaungkan slogan ‘Kita Boleh’ ketika majlis Pengenalan Calon Parlimen HARAPAN Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 2 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata HARAPAN mencalonkan pemimpin pelbagai latar belakang yang berupaya memenangi hati pengundi seterusnya menyaingi parti lawan.

“Kita ada (calon) memiliki latar belakang daripada seorang pejuang politik yang sekian lama kepada aktivis jalanan termasuk tokoh korporat,” katanya.

Berikut senarai 22 calon HARAPAN di Selangor:

Sabak Bernam – Shamsul Maarif Ismail
Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop
Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan
Tanjong Karang – Siti Rahaya Baharin
Kuala Selangor – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Selayang – William Leong
Gombak – Dato’ Seri Amirudin Shari
Ampang – Rodziah Ismail
Pandan – Rafizi Ramli
Hulu Langat – Mohd Sany Hamzan
Bangi – Syahredzan Johan
Puchong – Yeo Bee Yin
Subang – Wong Chen
Petaling Jaya – Lee Chean Chung
Damansara – Gobind Singh Deo
Sungai Buloh – Datuk R. Ramanan
Shah Alam – Azli Yusof
Kapar – Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
Klang – V. Ganabatirau
Kota Raja – Mohamad Sabu
Kuala Langat – G. Manivanan
Sepang – Aiman Athirah


Pengarang :