Orang ramai keluar membeli barangan keperluan ketika tinjauan di sebuah pasar raya sekitar Kuala Lumpur pada 22 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Harga barang naik bebankan rakyat, kerajaan baharu digesa prihatin

OLEH Alang Bendahara

SHAH ALAM, 11 NOV: Terpaksa ikat perut dan memandu berpuluh kilometer kerana mahu membeli barang dapur yang murah antara keluhan penduduk Sungai Besar berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kebanyakan penduduk ditemui di pekan Sekinchan mengakui harga makanan dan barangan kini semakin membebankan malah mahu kerajaan baharu akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengambil perhatian serius.

Rosmah Omar. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI

“Saya hidup berdua sahaja bersama suami, namun kami dapat lihat ia memberi kesan kepada jiran serta kenalan yang mempunyai keluarga besar.

“Saya tinggal di Shah Alam tetapi sanggup datang ke Pasar Awam Sekinchan untuk beli ikan dan produk laut lain yang murah,” kata pesara awam Rosmah Omar, 57.

Peniaga makanan Arbain Jelani, 56, berkata beliau dan keluarga perlu membuat kerja sampingan membuka gerai makanan bagi menambah pendapatan.

Arbain Jelani. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI

“Kami amat berharap agar ahli politik dipilih prihatin dan akan memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Bagi pesawah M Thavarajh, 63, masalah harga barang meningkat bukan hanya berlaku kepada barangan dapur tetapi turut dialami dalam pertanian.

“Orang ingat barangan dapur sahaja naik tapi kami petani juga terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun. Walaupun ada subsidi dan insentif lain tetapi harga tetap naik,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan petani terpaksa tampung kos tinggi dan harga produk tanaman juga naik apabila dijual kepada pengguna.


Pengarang :