Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) memacak bendera menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Jalan Lapangan Terbang Subang, Shah Alam pada 7 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kejayaan Selangor bela rakyat jadi contoh HARAPAN mampu urus negara

SEPANG, 14 NOV: Pengundi Parlimen Sepang yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu membela nasib rakyat jika gabungan itu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 November.

Suri rumah Marina Mohd Sibki, 45, berkata kejayaan itu terbukti di Selangor sejak HARAPAN mentadbir mulai 2008 dengan pelbagai manfaat disediakan kepada rakyat.

Beliau memaklumkan antara inisiatif diterima ialah menerusi Jelajah Ehsan Rakyat, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Marina Mohd Sibki

“Contohnya Bingkas, saya terima bantuan bulanan RM300 sejak suami tidak boleh bekerja kerana menjalani pembedahan usus. Bantuan diterima meringankan beban dan dapat membeli barangan keperluan dapur.

“Jika (HARAPAN) menang, nasib rakyat akan terbela seperti di Selangor. Manifesto dibentang juga memuaskan kerana membela nasib rakyat,” katanya kepada Selangorkini.

Peniaga Mohd Shahrulnizam Khainudin, 40, berkata rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada HARAPAN untuk terus memperjuang hak semua kaum agar mendapat layanan adil.

Mohd Shahrulnizam Khainudin

Beliau yang menetap di Sungai Pelek berkata, tempoh 22 bulan diberikan amat singkat dan seharusnya gabungan itu diangkat sekali lagi untuk membuktikan kemampuan.

“Beri peluang HARAPAN buktikan kemampuan membela nasib rakyat. Lihat seperti di Selangor pelbagai manfaat saya terima seperti air percuma dan INSAN.

“Anak-anak juga menerima manfaat seperti bantuan kembali ke sekolah. Semua ini bukti bahawa HARAPAN prihatin terhadap nasib rakyat,” katanya.


Pengarang :