Kemudahan khemah yang disediakan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa bah Selangor terus menurun, 56 individu masih berlindung di PPS

SHAH ALAM, 28 NOV: Seramai 323 mangsa bah daripada 92 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) di tiga negeri termasuk di Selangor setakat jam 10.32 pagi.

Menerusi laman sesawang Info Bencana JKM, jumlah mangsa di Selangor terus mencatat penurunan apabila 56 individu masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor.

Berdasarkan pecahan, 36 mangsa merupakan dewasa, kanak-kanak (17) dan bayi (3).

Sementara itu, mangsa bah di Pahang membabitkan 68 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS manakala di Perak pula dua PPS dibuka dengan menempatkan 199 mangsa daripada 63 keluarga.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: infobencanajkmv2.jkm.gov.my

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula hari ini.

 


Pengarang :