Pasukan bomba menyelamtkan penduduk susulan banjir kilat sekitar Shah Alam dan Klang pada 10 November 2022. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB batal acara kempen politik, lawat mangsa banjir di Klang

SHAH ALAM, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari membatalkan acara kempen politik di Gombak malam ini bagi melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang dan Petaling.

Mohon doa urusan rakyat negeri ini dipermudahkan, Dato’ Menteri Besar memaklumkan beliau juga akan menyelaras koordinasi bantuan segera daripada agensi-agensi berkaitan.

“Saya telah membatalkan acara kempen saya malam ini di Gombak dan sedang bergerak ke beberapa PPS di Daerah Klang dan Petaling bagi melawat mangsa banjir.

“Saya juga akan menyelaras koordinasi bantuan segera dari agensi-agensi berkaitan. Doakan agar segala urusan dipermudahkan dan rakyat Selangor diberi perlindungan Allah SWT,” katanya.

Petang tadi, beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat. Susulan itu, Kerajaan Negeri menggerakkan aset dan jentera bomba ke Kapar dan Meru, Klang untuk membantu penduduk.

 


Pengarang :