Orang ramai beratur untuk membuat semakan di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Agama Pekan Hulu Langat, Batu 14, Hulu Langat pada 19 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Menteri PN, BN tumbang dalam PRU15

SHAH ALAM, 20 NOV: Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali antara lapan menteri kabinet yang tewas pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semalam.

Penyandang tiga penggal Parlimen Gombak itu tewas kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari dengan majoriti 12,729 undi.

Nasib sama turut dikongsi Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kuala Selangor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili (Kota Marudu) dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (Sungai Buloh).

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun (Sepang), Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraidah Kamaruddin (Ampang), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas).

Mohamed Azmin dan Rina mewakili Perikatan Nasional (PN) manakala Tengku Zafrul, Khairy, Mahdzir dan Reezal Merican (Barisan Nasional), Maximus (Gabungan Rakyat Sabah) dan Zuraidah (Parti Bangsa Malaysia).

Sementara itu, tujuh timbalan menteri yang turut tumpas adalah:

  • Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Lim Ban Hong (Tangga Batu-BN)
  • Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon (Tanjung Malim-BN)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah-PN).
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN)
  • Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak-PN)
  • Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar-Bebas)
  • Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal-PN).

PRU15 yang berlangsung semalam menyaksikan HARAPAN memperoleh 82 kerusi, PN (73) manakala BN (30), namun kesemua gabungan tidak mempunyai majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

 


Pengarang :