Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menaja jersi dan wang tunai kepada pasukan bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang pada 25 November lalu. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

MPKS taja jersi, wang tunai kepada PLD Kuala Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menaja jersi dan wang tunai kepada pasukan bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) daerah itu.

Majlis penyerahan jersi dan wang tunai berjumlah RM8,000 itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang Jumaat lalu.

“Tajaan itu untuk pasukan tersebut bertanding di Liga PLD Bawah 15 Tahun Peringkat Kebangsaan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.

“Alhamdulillah, skuad bola sepak PLD Kuala Selangor bawah 15 tahun memperolehi keputusan cemerlang iaitu muncul juara peringkat kebangsaan pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam,” katanya di Facebook hari ini.

Pasukan bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Selangor bawah 15 tahun muncul juara peringkat kebangsaan. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor

PLD di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 April 2014 di Akademi Mokhtar Dahari dan diletakkan status sebagai Projek Nasional.

Misi NFDP ialah untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti serta kualiti pemain negara.


Pengarang :