Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 6 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut diramal di Perak dan Sarawak yang berlaku di beberapa kawasan.

Antaranya Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei (Sarikei).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :