Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunaraj (kiri) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan komputer riba kepada K Balasubramaniam (tengah) pada majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar IPTA/IPTS B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Bantuan komputer riba suntik semangat pelajar B40 cemerlang dalam akademik

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 23 DIS: Bantuan komputer riba daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan.

Pelajar M Shamilaa, 18, berkata bantuan itu menjadi pemangkin untuk dia belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita menjadi guru seterusnya membantu ibu bapa.

M Shamilaa, 18, pada majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar IPTA/IPTS B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Saya ada abang yang masih belajar, jadi apabila saya mendapat bantuan ini tidak perlu lagi ibu ayah beli komputer riba untuk saya dan ringankan beban mereka.

“Saya kini belajar di Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Klang dan berhasrat menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana bercita-cita menjadi guru,” katanya.

Shamilaa adalah antara 16 pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa yang menerima bantuan komputer riba daripada MBI semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr G Gunarajah.

Pelajar lain, K Balasubramaniam, 17, berkata dia bersyukur terpilih menerima bantuan itu yang akan dimanfaatkan sebaiknya untuk pelajaran.

“Kalau guna telefon bimbit untuk kelas dalam talian susah juga tetapi dengan bantuan komputer riba ini saya lebih fokus,” katanya.


Pengarang :