Anggota Infrasel Sdn Bhd giat memasang kanvas di kawasan cerun seksyen 13.200, Jalan Batang Kali-Genting bagi mengurangkan risiko tanah runtuh pada 18 Disember 2022. Foto Infrasel
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Guna laluan alternatif, jangan redah Jalan Batang Kali-Genting

SHAH ALAM, 29 DIS: Orang ramai diingatkan tidak menggunakan Jalan Batang Kali-Genting yang ditutup bagi penyelenggaraan susulan insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm pada 16 Disember.

Sebaliknya, Exco Infrastruktur Ir Izham Hashim menyarankan pengguna memilih laluan alternatif dan mengutamakan keselamatan meskipun jalan sedia ada masih stabil, lapor Sinar Harian.

“Jalan ini ditutup sepenuhnya dan tidak dibenarkan dibuka untuk semua jenis kenderaan ketika ini.

“Perkara ini perlu mendapat bantuan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan oleh polis bagi tujuan pematuhan,” katanya mengulas perkara itu.

Beliau turut menjangka kerja pembaikan dan pengukuhan cerun di laluan tersebut mengambil masa setahun menerusi peruntukan negeri dan persekutuan yang akan dimohon.

Kementerian Kerja Raya sebelum ini memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden itu dijangka mengambil tempoh setahun sebelum dibuka semula kepada orang ramai.


Pengarang :