EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail dan EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau bergambar bersama penerima Anugerah Success Story pada Majlis Penyampaian Anugerah Penerima Cemerlang Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Hampir 20,000 peniaga kecil sertai PLATS, peluang raih pendapatan RM300 sehari

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 3 DIS: Hampir 20,000 peniaga kecil sudah menyertai Platform Selangor (PLATS) untuk mengembangkan perniagaan masing-masing setakat 6 November.

Exco Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata inisiatif berkenaan digerakkan bagi memastikan jualan penjaja meningkat menerusi platform maya yang disediakan secara percuma.

“Menerusi inisiatif ini kita harapkan prestasi perniagaan yang digerakkan peniaga akan tingkatkan pendapatan mereka,” katanya ketika berucap pada Fiesta PLATS sempena Karnival Usahawan Selangor (KAWAN) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

Orang ramai hadir pada program Karnival Usahawan Selangor (KAWAN) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya juga beri cabaran pada peniaga kecil ini kalau boleh bawa balik pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM300 sehari kerana kita mahu lihat pendapatan perkapita rakyat Selangor meningkat dari tahun ke tahun.

“Kalau berniaga lima kali seminggu dengan pendapatan bersih RM300 sehari saya yakin golongan B40 yang berniaga boleh raih pendapatan RM6,000 sebulan dan dapat hidup selesa di negeri ini.”

Terdahulu, fiesta yang julung kali diadakan sempena KAWAN 2022 disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

Disertai lebih 100 peniaga dan penjaja kecil yang menjual pelbagai makanan dan minuman, fiesta sepanjang dua hari karnival yang berakhir esok turut menyediakan pelbagai kegiatan termasuklah belon udara panas, gerai jualan mainan dan melukis wajah (face painting).

Au Diya Fatihah Wan Soffiey (tengah), Adiba Aiya Zafira Arjunaidi (kiri) dan Faridzuan Kamarulhisham menunjukkan produk mereka pada program Karnival Usahawan Selangor (KAWAN) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :