Penduduk Kampung Durian Mentangau, Dungun Terengganu membersihkan rumah meskipun keadaan banjir belum pulih sepenuhnya pada 23 Disember 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hijrah pelawa orang ramai sumbang barangan keperluan asas, bantu mangsa bah Pantai Timur

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 26 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) mempelawa usahawannya dan orang ramai menyumbang barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa bah di Pantai Timur.

Menurut agensi itu sumbangan barangan termasuk keperluan wanita dan bayi, selimut, toto, mandian dan ubat-ubatan boleh disalurkan ke pejabat cawangan Hijrah mulai esok hingga 6 Januari depan.

“Waktu pengumpulan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat. Untuk sebarang pertanyaan hubungi 016-912 1692

“Moga dengan sumbangan dan keprihatin anda akan dapat meringankan beban yang terlibat,” kata agensi itu di Facebook.

Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 1,438 orang berbanding 3,908 orang semalam berikutan banyak tempat terjejas kembali pulih.

Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Mangsa di Kelantan juga menurun kepada 5,411 orang ditempatkan di 18 PPS di Pasir Mas dan Tumpat.

 


Pengarang :