AGENSISELANGOR

Hijrah pelawa sumbang makanan, tuala wanita bantu mangsa bah

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 20 DIS: Orang ramai khususnya usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dipelawa menyumbang barangan keperluan asas untuk mangsa banjir Pantai Timur.

Yayasan itu menerusi di Facebook memaklumkan bantuan diperlukan ialah makanan dalam tin, susu dan lampin pakai buang, selimut dan lapik tidur serta keperluan mandian.

Menurut agensi itu, turut diperlukan ialah ubat-ubatan dan tuala wanita, yang boleh dihantar ke 19 cawangan Hijrah berhampiran mulai 27 Disember hingga 6 Januari depan.

“Sumbangan keperluan asas boleh disalurkan dari Isnin hingga Jumaat mulai 9 pagi hingga 4 petang. Semoga sumbangan dan keprihatinan tuan puan akan dapat meringankan beban mangsa,” maklum Hijrah.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Hijrah di talian 016-9121692.


Pengarang :