Ketua Pegawai Strategik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Idris Ishak menyerahkan replika cek bayaran zakat RM2 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam program Zakat On Street di Uptown Shah Alam pada 24 Disember lalu. Foto Facebook PKNS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS serah zakat niaga RM2 juta, agih RM350,000 baiki rumah asnaf

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut agensi itu, bayaran diserahkan Ketua Pegawai Strategiknya Idris Ishak kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini pada program Zakat On Street Sabtu lalu.

“PKNS juga menerima bayaran wakalah agihan berjumlah RM787,500 pada malam tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Mohd Sabirin ketika dihubungi berkata pada program tersebut seramai enam asnaf dari daerah Petaling menerima bantuan LZS dengan berjumlah keseluruhan RM39,680.

“Manakala RM350,000 daripada RM787,500 wakalah agihan PKNS digunakan untuk baik pulih 10 rumah asnaf miskin dan bantuan kepada asnaf gharimin (orang berhutang),” katanya.


Pengarang :