Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri, 5 Disember 2022. Foto AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
AGENDANASIONAL

PM kaji isu monopoli import beras, tekad bela nasib pesawah

SHAH ALAM, 5 DIS: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneliti isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Namun, perdana menteri itu menjelaskan kerajaan akan meneliti keuntungan Syed Mokhtar yang membeli pegangan PadiBeras Nasional (Bernas) milik Tan Sri Tan Boon Seng (RM800 juta) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (RM400 juta).

Beliau juga menyatakan kesediaan Syed Mokhtar memperuntuk RM10 juta kepada pesawah pada bulan ini manakala RM50 juta lagi pada tahun depan.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini, Anwar juga menegaskan jaminan kerajaan yang tidak akan sesekali mengizinkan pembolotan kekayaan pemimpin politik.

“Kerajaan pimpinan saya tidak akan mengizinkan cara pembolotan kekayaan oleh tokoh politik dengan begitu mudah, menghisap darah pesawah yang hidup miskin,” katanya.


Pengarang :