AGENDANASIONAL

Selangor antara lapan negeri diramal ribut petir petang ini

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 28 DIS: Amaran ribut petir dijangka melanda satu dua tempat melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah petang ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut berlaku di Sarawak (Sarikei, Sibu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman Betong dan Mukah).

Sementara di Sabah membabitkan Sandakan dan Tawau diramal mengalami ribut petir sementara hujan diramal di Kudat.

Manakala di Pulau Pinang keadaan dijangka berangin dan tiada hujan di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pada sebelah malam, hujan satu dua tempat diramal berlaku malam ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak (Kapit, Miri dan Limbang), Sabah (Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :